Pakar Mata
Pertama kali membawa auni untuk berjumpa pakar mata ialah sewaktu umur auni hampir 3 bulan, tujuannya adalah untuk melihat kematangan mata auni serta masalah2 lain yang berkaitan mata. Untuk membuat rawatan mata, auni perlu ditiskan ubat untuk mengembang mata hitam bagi tujuan rawatan. Setalah mata hitam auni kembang dengan baik baru auni di bawa berjumpa dengan doktor. Untuk rawatan ini mama tidak dibenarkan masuk sewaktu rawatan di lakukan mungkin ini polisi Hospital Alor Setar. Sewaktu mama di luar bilik rawatan mama dapat dengar dengan jelas auni meraung menangis...ya allah mama betul2 risau, apalah yang di lakukan pada auni...rasa macam nak buka jer pintu bilik rawatan tu. Selepas selesai mama di pangil untuk mengambil auni...ya llah mama terkedu tidak dapat berkata-kata melihat mata auni yang masih lebam dan auni masih lagi terisak2 smbil tidak dapat membuka mata....sayu mama melihat anak kesayangan mama di perlakukan sebegitu rupa..mama rasa macam tidak ingin membernarkan auni menajalani rawatan itu lagi..mama fobia melihat auni sewaktu itu...tetapi baba memujuk mama agar reda dan teruskan juga rawatan untuk masa depan auni. Apabila umur auni 3 bulan kami membuat surat untuk menukarkan rawatan mata ke hospital Bukit Mertajam kerana berdekatan dengan rumah kita di penanti...
Kali kedua membawa auni ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan mata juga mama seakan serik, tapi mama gagahkan juga...alhamdulillah pakar mata di hospital ini melakukan rawatan pada auni dengan begitu baik sekali mama memang puas ati. Auni hanya menangis sewaktu rawatan sahaja, selepas itu terus ok...alhamdulillah mama bersyukur sangat2...Mata auni juga tiada masalah tetapi perlu juga rawatan susulan untuk cek power mata auni...Selepas bertukar ke Putrjaya mama juga terpaksa bertukar Hospital untuk rawatan susulan auni...Alhamdulillah Hopsital Putrajaya juga membuat rawatan mata kepada auni dengan baik sekali... Appointment seterusnya dengan pakar mata ialah 2012
Pakar Kanak-kanak
Selain pakar mata auni juga perlu berjumpa pakar kanak2 untuk rawatan susulan. Pakar kanak2 akan cek seluruh tubuh auni, pendegaran auni, pertumbuhan auni. Setakat ni alhamdulillah semuanya baik2 je. Appointment seterusnya dengan pakar mata ialah 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan