Khamis, 7 Julai 2011

Auni di NICU


Auni ditahan di NICU selama 26 hari. Selama itu juga la mama dan baba berulang alik menjenguk auni dan menghantar susu yang terbaik untuk auni iaitu susu ibu. Sehari tidak menjenguk auni di hospital rasa tidak keruan hati mama. Setaiap kali menjenguk auni mama n baba x lupa untuk snap gambar auni..wat kenangan... Hari ke 24 auni di NICU mama di benarkan untuk menukar diapers auni buat pertama kalinya. Hari ke 25 doktor menyuruh mama untuk bermalam di hospital agar dapat memberikan susu secara ekskelusif untuk auni, mama juga di ajar cara untuk memandikan auni. Pertama kali menyusukan auni secara terus mama agak kekok, mujur nurse2 banyak membantu mama. Auni tidak banyak menyusu mungkin auni penat kerana memerlukan tenaga untuk menyusu. Hari ke 26 auni telah dibenarkan keluar dari NICU kerana auni sudah boleh menyusu dengan baik.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan